*jap2!!STOP!!korang nk pergi mane ni??hah??bace entry aku??yakin ke?jangan nyesal yaw ;)
ronda melaka dengan beca,
dibawa bersama sebuah kamera,
ucapan untuk sekalian pembaca,
assalamualai'kum pembuka bicara.
wah dah macam syarahan aku rase..sesiapa nak beli pantun aku ni??offer ni.murah je
cuti melancong ke myanmar,
mencari arah menggunakan peta,
anda semua jangan terkesima,
ini adalah entry kontest semata-mata.
nampaknya tak ada orang nak beli pantun aku ni..hishh
*adoii farah.dah2 laa berpantun tu.mcm nk pinang ank dara org plak main pantun2 ni
kontest yang aku maksudkan ialah mengenai INDIA ADA MALAYSIA TIADA. kontest ni bukan nak mencari kekurangan malaysia. bagi aku malaysia tetap nombor 1. tiada negara yang dapat menandingi negaraku yang tercinta!!
byk laa plak yang dibahaskan.cepat msuk point anda laa farah!!
acara baru habis adalah sukma,
sentiasa ada di sidang media,
ini adalah pointku yang pertama,
tentang gateway of india.
view pada siang hari
ok kawan2 ku sekalian,kali ini aku akan membicarakan mengenai GATEWAY OF INDIA. korang taw ke ape bnda tu??gateway merupakan sebuah monumen di Mumbai,India. Terletak di tepi daerah Bunder Apollo di Mumbai Selatan, Gateway adalah sebuah lengkungan atau gerbang basal(sejenis batu dari gunung berapi) 26 meter (85 kaki) tinggi.*tggi gila.kalau aku yang jadi buruh bina monumen ni memang aku dah give up awal2.Ini adalah dermaga mentah yang digunakan oleh orang nelayan dan kemudian direnovasi dan digunakan sebagai tempat pendaratan untuk gabenor Inggeris dan tokoh-tokoh penting dalam lain.Pada masa dahulu, Gateway adalah monumen bahawa pengunjung datang dengan perahu akan pertama kali dilihat di bandar Bombay. Gateway India dibina untuk memperingati kunjungan Raja George V dan Ratu Mary ke Bombay, sebelum Durbar Delhi, pada bulan Disember 1911. *kalaulah ada orang bina monumen untuk aku kan bagus.Batu pondasi telah diletakkan pada tarikh 31 Mac oleh Gabenor Bombay Sir George Sydenham Clarke, 1911, dengan design akhir dari George Wittet pada bulan Ogos 1914. Yayasan diselesaikan pada tahun 1920, dan pembinaan selesai pada tahun 1924.Gateway dibuka pada tarikh 4 Disember oleh Raja Muda, Earl of Reading, 1924.INDIA ADA,,MALAYSIA TIADA!!
view pada malam hari
#korang perasan tak yang monumen ni ada dalam scene film MANN
part AAMIR KHAN as DEV tggu MANISHA KOIRALA as PRIYA b4 accident tu
sembang petang bersama lisa,
cakap2 dan gelak ketawa,
tanpa membuang aku nye masa,
kita masuk point yang kedua.
ape yang korang faham dengan cinta agung dan abadi??pernah ke korang merasai semua keindahan tu?? di india,terdapat sebuah cerita pasangan suami isteri yang memiliki cinta sebegitu rupa.cinta yang akhirnya menghasilkan ssesuatu yang menjadi keajaiban dunia hingga masa kini. cinta seorang suami yang terlalu agung hingga sanggup melakukan apa saja untuk isteri tercinta. cinta yang telah menghasilkan sebuah kubu cinta terakhir. kisahnya bermula begini, Mumtaz dan Shah Jahan mendirikan rumah tangga seperti pasangan suami isteri yang lain. hidupnya disirami kasih sayang yang tak pernah lekang. saat Mumtaz sarat mengandungkan anaknya yang ke 14, Mumtaz berdepan dengan ajal yang semakin hampir dengannya. ketika ingin melahirkan anaknya,Mumtaz berada di hujung nyawa. Mumtaz sempat berbisik kepada Shah Jahan agar memelihara cinta abadi merekadan berjanji tidak akan berkahwin lagi. dan yang terakhir Mumtaz meminta suaminya mendirikan sebuah tempat persemadian umpama sebuah mahligai di dunia. kerna cinta yang mendalam itu,Shah Jahan telah mendirikan Taj Mahal sebagai lambang cinta mereka. betapa agungnya sebuah cinta. di INDIA ADA cerita cinta agung dan abadi di MALAYSIA TIADA.
SETEGUH KASIH SHAH JAHAN KEPADA MUMTAZ!!
malam2 tengok kaka,
siang2 tengok baba dan nyonya,
jangan alpa dan leka,
teruskan membaca pointku yang seterusnya.
point terakhir!!yeayyy lpas ni boleh tido dengan nyenyak..di INDIA ADA shah rukh khan di MALAYSIA TIADA.. btol tak,di negara kita mana ada Mr SRK ni *weyy bapak hensem hero ni tak miss aku tgk film dia!!memang btol Tuhan telah ciptakan 7 wajah yang seiras di dunia ni tapi susah nak ketemu barangkali. pernah korang jumpa Mr SRK punya twin?? habaq mai kt aku.. aku nk jumpa gak ;(
tengok ape tu??
p/s : wahai encik
ini cerita si cepit (rugi tak klik ni)honestly ntah pape yang aku ngarut pun aku xtaw laaa..aku dh ckp jgn nyesal bce entry aku.. hehehe however ni dikira participate gak kan??!! ehhh,,sat noo..aku ada 1 lagi point tok entry ni.tp khas utk ko laa
INDIA ADA encik cepit pada 5 JULAI hingga _______(isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul) kerana encik cepit akan bercuti *kot ke sana. jadi MALAYSIA TIADA encik cepit pada tarikh tersebut!!
*gara2 nk masuk kontest ni laa aku tak tido lena semalam. siap mimpi lagi yang ko komen kt entry aku. nsib baik aku tak mimpi aku menang terus!! hehehe :]
tak perlu edit lagi kan gmbr ni??!! jgn mrh haa t cpt tua :) 20 sen!!
aku tengok sidang media,
ada banyak kereta waja,
aku sudah tak ada idea,
sekian sampai disini saja.