Blogger Templates

Pages

Followers

Saturday, May 28, 2011

last post in MAY

assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. ^^

baru habis packing barang kerana saya perlu pulang ke kolej. adoiii mula-mula aku rasa bulan 5 ni macam lambat je berlalu. aishh alih-alih dah akhir bulan. tup-tup aku dah kena balik kolej. cuti yang tak sampai sebulan ni cepat sungguh berlalu. tak boleh cuti lama lagi ke? hehe. padahal cuti sekolah baru je start. adik aku baru je balik umah. aku pulak yang kena pergi. nak gosip-gosip lama sikit tak boleh. haha. maybe this is lasy entry from me. tak taw bila pulak aku boleh update belog ini lagi. okeyh la. bagi semua yang senasib dengan aku ini selamat sambung belajar and hepi new semester! :)

got to go. bye bye. jumpa lagi. have a nice day to you. =)

Friday, May 27, 2011

kuasa Tuhan siapa yang tahu

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. ^^


korang nampak tak gambar apa kat atas ni? kalau tak nampak pendek umur bak kate nujum pak belalang. hahaha. siapa sangka kan disebalik pemandangan yang indah ini(hiraukan couple tuh!) tersirat satu bentuk yang amat bermakna. betapa besarnya kuasa Tuhan. tiada siapa yang dapat menduga. bagi aku, gambar ni sangat cantik dan aku suka sangat tengok. tahniah lah pada siapa-siapa yang edit gambar ini. aku jumpa gambar ni kat facebook. haha. bukan saya yang edit! apa pendapat korang dengan gambar ini? =)

okeyh laaa. short and fast entry from me. see you later. have a nice day. :D

Thursday, May 26, 2011

saya berwajah baru

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

saya berwajah baru. eh bukan diri saya. jangan salah paham pulak. saya nak berwajah baru macam mana? tak kan nak wat plastic surgery kot macam michael jackson tuh. tak boleh. haram. Tuhan marah. tak mau tak mau. tapi belog comel busuk saya ini yang berwajah baru.

cantik tak? cantik kan kan kan. penat taw nak tukar-tukar template baru ini. mana kena edit coding baru template lagi. kena setting nuffnang lagi. tapi demi mencantikkan belog yang korang yang tengah singgah ni, saya sanggup menghabiskan masa saya selama dah berapa jam pun saya tak tak tahu lah.

korang pun boleh jugak buat macam ni. just click HERE . all the best to you. =)

okeyh. jumpa lagi lain masa. salam semua. have a nice day :)

Wednesday, May 25, 2011

ketakutan hari semalam

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

ingatkan nak update belog busuk ni semalam. tapi penat sangat sampai tak larat nak menaip. haha. pagi2 buta aku dah kena jumpa doktor gigi. hajat di hati nak tampalkan gigi ni walaupun takot. punya lah tunggu giliran aku masuk jumpa doktor aku rase muka aku ni dah mcam tak ada darah. punya lah sampai sebulan aku kumpul kekuatan nak jumpa doktor. doktor gigi je kot. haha. sampai turn aku, nak wat macam mana lagi. masuk je lah jumpa doktor.

doktor yang cantik(dyc) : saya cek gigi awak dulu lah. *lpas beberapa saat
lubang gigi awak ni dalam sangat. kalau awak nak saya tampal boleh je. tapi saya boleh tampal atas je lah.


aku : aduh doktor. abis tuh saya kena wat ape? cabut jelah. boleh kan?


dyc : boleh tapi saya tak syorkan awak cabut. sebab gigi awak semua okeyh. cuma yang 1 tu je. *kembang hidung aku ! hahaha kalau awak cabut gigi awak, nanti gigi awak jadi jarang2. awak tu muda lagi. lebih baik awak buat rawatan saraf gigi. tapi kena ada komitmen masa. awak pikir2 dulu lah erk yang terbaik.

gembira dan sedih. gembira sebab tak perlu cabut lagi. sedih jugak sebab lepas ini mesti ada masalah lagi yang akan mendatang.

lain pulak cte malam nya. ketakutan yang kedua. result aku da. punya lah terketar-ketar tangan ni nak cek result. bukan apa. takot ngan FM je. tak nak repeat. tapi syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar. terima kasih Tuhan diatas rezeki ini. :)

huahuahua. tak ada kena mengena pun. bosan punya pasal basikal adik aku pun boleh laa naik. :)

okeyh laa 
see ya.
have a nice day to all. 
=)

Monday, May 23, 2011

bila si budak kecil ini membesar

assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.


apa nak cite arini? erm nothing much tapi ada satu benda yang hari-hari menceriakan cuti aku ini. duduk dekat umah memang membosankan tapi bagi aku ini je lah waktu yang aku ada untuk spend masa sama-sama dengan family aku yang tercinta. cewah ayat abis skema aku ni. umah aku ni dah lama tak ada baby. even tak ada baby aku still ada anak saudara yang selalu buat orang ketawa. makin besar makin suka nyanyi. umur belum sampai lagi 3 tahun tapi cakapnya mengalahkan budak umur 7 tahun. lagu-lagu tip top sekarang ini semuanya dia hafal. kadang-kadang lagu yang aku tak tahu pun dia tahu. hahaha. budak-budak sekarang makin pandai kalau nak di bandingkan dengan kanak-kanak dulu. =)


lucunya tentang budak comot ini :

1- suka dipanggil muizzuddin bukannya adryan!
2- suka membebel mengalahkan nenek tua!
3- suka nyanyi lagu happy beday to me !!

tapi semalam dia nyanyi 

hepi bday to u,
makan ubi kayu,
minum susu lembu,
lembu buat tak tahu.

bantai gelak lah aku dengar dia nyanyi. ayahnya ajar dia cakap.

okeyh lah semua.
sampai di sini saja entry kali ini.
jumpa lagi.
:)

Sunday, May 22, 2011

i try to be....

assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya.


banyak ni angan-angan seorang insan yang bernama farahin asyikin nak jadi pada masa akan datang. hahaha. bukan angan-angan mat jenin okeyh. angan-angan ku ingin menjadi :-

seorang manusia yang berjaya.

haha. sapa yang tak nak berjaya kan dalam hidup ini. so same goes to me. aku ingin berjaya dalam hidup aku. jadi sebab itu aku kena belajar rajin-rajin kan kan kan. :) *membakar semangat untuk diri sendiri bersusah-susah dahulu besenang-senang kemudian. 

seorang yang berkerjaya.

aigooo. boleh ke aku ni jadi actuary? memang kerjaya ini bagus tapi mak aii betapa susahnya nak jadi the true actuary ekau taw. kena amik profesional paper nya lagi. tapi plan aku la kan aku nak sambung degree in actuary then buat master in satatistics. kerana i love statistics !! doakan saya !

seorang anak yang senantiasa membahagiakan ibubapa ku.

so far aku tak ada lagi lah tak pernah membahagiakan parents aku. *perasan pulak tapi hasrat di hati ini selalu ingin melihat ibubapaku gembira. yelah kalau nak buat pape the first person that i should consider is my parents. so if God willing, aku ingin melihat mereka tersenyum selalu.

seorang kakak yang baik dan berguna.

omo. susah weyh nak jadi kakak yang baik. korang kena tunjuk tauladan yang baik kerana semua itu akan jadi ikutan adik korang. macam aku sekarang ini sentiasa berusaha menasihatkan adik-adik aku jangan sesekali ponteng sekolah. susah kot. sebab semua tuh dulu aku selalu buat. kalau masa form 4 kat mrsm dulu dalam seminggu ada lah dalam 2 hari je aku pergi kelas. hari lain tak pergi pun. tiap-tiap minggu asyik muka aku je yang pergi klinik. hahaha. tup-tup kena nasihat adik pulak. memang naya la aku.!

and the most important is

seorang hamba yang sentiasa patuh pada NYA.

seriously aku bukan orang yang alim dan sentiasa berbuat kebaikan. aku sedar semua tuh dan aku try jugak untuk perbaiki diri aku ini. sama-sama kita usaha kan. :D


p/s : sama-sama sedekah kan al-fatihah buat anak-anak yatim di hulu selangor yang ditimpa musibah. dan jangan lupa bersyukur dengan segala kenikmatan yang Tuhan berikan kepada kita. 

moga bertemu kembali.
:)

saya sangat teruja

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

saya sangat penat. but then still nak update jugak belog yang hapak pun tarak ! :) saya kan kan baru jugak lah balik dari majlis akad nikah abang. *tiba-tiba saya bagai ni pahal la tak kena dengan aku ni? okeyh back to normal ! ehem ehem nak cite sikit pengalaman kali pertama menyaksikan orang nak akad nikah.

1) aku memang teruja gila tahap gabang kerana aku tak pernah pergi dekat majlis akad nikah walaupun dah 2 orang kakak dan sorang abang aku dah kahwin.


2) aku yang nervous even bukan aku yang kahwin. ye lah mana lah taw kan kot2 tiba-tiba ada aral yang melintang pulak. dan mana lah taw kot2 abang aku kena lafaz akad banyak kali. nervous la katakan. hahaha. tapi syukur dengan sekali akad sahaja. woot woot sah jadi suami orang.


3) dan yang pasti korang semua kena ingat jodoh pertemuan itu semua nya kerja Tuhan. kita serah kan pada YANG MAHA KUASA untuk menentukan segalanya.

pengantin baru ! :)
sanding 28 may. datang la beramai-ramai. ;)

okeyh lah. 
see you again 
:D

Saturday, May 21, 2011

hadiah buat kamu !

assalamualaikum, selamat malam dan salam sejahtera semua.

waaaa. dah empat hari aku tak update belog aku ni. tak ada masa lah. *wah mengalahkan orang yang dah keje je aku ni hehehe. sebenarnya entry kali ini nak khas dibuat untuk budak busuk ni.

farah diana yusof a.k.a kak tggi !

budak busuk ni kawan baik aku kat mrsm dlu. hahaha. huwaaaa. pasai apa entry ni pasal dia? kerna aku jeles gila sebab dia dah grad. kitaorang sebaya je tapi kan budak busuk ni dah ada diploma kot. unfair gila. ruginya lah tak amik fast track account dlu. *aku baru nak menyesal wat ape? adoiii. pape pun tahniah ye kak tggi. cuti ni boleh laa keje dengan berbekalkan diploma tuh. then dah dapat gaji nanti boleh la belanja orang yang still tak ada diploma ni. =)

cantik ! mak awak pun cantik jgak! :)

p/s buat kak tinggi : 
1 ) jangan lupa belanja nanti. Xoxo
2) tahniah sekali lagi. :D
3) awak sangat cantik !!! :)
4) terima lah hadiah yang tak seberapa. ;) 
5) kita kan tak ada gmbr awak lah. so amik dari facebook pun jadi lah kan. sori. =)


Monday, May 16, 2011

hari jadi guru. :)

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 16 May is a special day for teacher ! selamat hari guru buat semua guru di seluruh malaysia terutama sekali cikgu di SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL & MRSM KUANTAN ... semoga Tuhan merahmati semua cikgu-cikgu. tanpamu cikgu siapalah aku.

haishh sejak 3 tahun dah tinggal kan sekolah ni terasa rindu pulak nak sambut hari guru. teringat dulu-dulu. setiap tahun mesti minta duit ngan mak ayah sebab nak belikan hadiah buat cikgu even sekuntum bunga ros. mula-mula mak ayah aku kasi lah sebab ingat kan nak bagi dekat sorang cikgu tapi lama-lama mau nya tak membebel sebab aku kalau boleh nak bagi hadiah dekat semua cikgu. hahaha. mana tak pokai parents aku. hahaa. sori mak abah !!

actually masa hari guru ni pun bukan nya aku selalu datang sekolah. masa sekolah rendah memang lah datang sebab waktu tuh tak kenal lagi erti ponteng. haha. masuk sekolah menengah memang haram lah nak pergi sekolah on 16 May. better stay at home. tak kan nak lepas kan peluang dapat cuti. hehehe. tapi tuh semua dulu sekarang tidak lagi. yelah kat universiti mana ada sambut hari guru sebab selalu nya cuti semester macam sekarang ni haa. pape pun back to my point :

" HaPpY tEaChEr'S dAy !!! "

Sunday, May 15, 2011

cerita hari ini.

assalamualaikum semua dan salam sejahtera. kerana kebosanan yang teramat lah sangat dalam kehidupan seharian aku ni, ari ni aku pun merajin kan lah diri menjalani sesi blogwalking. hahaha. tak ada lah blogwalking sangat pun. just singgah kat belog kawan-kawan dan follow-follow gitu aje. errm cuti lama-lama ni membosankan jugak kan. kalau lah aku dapat amik lesen kan bagus. tapi nasib pulak tak menyebelahi aku ni. fullu booked pulak masa aku ngah sedap-sedap cuti. tak apa lah cuba lagi lain kali lah nampaknya kawan-kawan. so cita-cita tahun ni nak pergi beraya umah kawan bawak kereta sendiri hanya tinggal cita-cita semata-mata lah nampak gayanya. never mind... there is always next time for you farah!

huuuuuuuu. tinggal lagi 10 hari before result keluar. macam mana lah nasib aku pulak kali ni yek? bertuah lagi ke tak? paling aku takut sekarang ni FM. jangan lah ada yang fail. tak larat eden nak belaja lagi sekali. Ya Allah ya tuhan ku, Kau berikan lah kejayan kepada ku dan kawan-kawan ku setelah kami berusaha. amin. :) kalau result dah nak keluar maknanya tak lama lagi aku kena balik kolej lah kan. adoiii. ni yang malas ni nak sambung belaja lagi. another two semester before i got diploma. oh yeah tak sabar rasenya nak bergelar graduan. hahaha. angan-angan tinggi nak capai anugerah naib canselor. fuhhhh. tinggi tuh. doakan aku ya kawan-kawan semua.

okeyh lah got to go. entry panjang-panjang nanti korang jemu pulak nak membaca nya. *ada ke yang baca kat belog aku ni? so.... see ya. have a good day semua. :D

Thursday, May 12, 2011

salam semua. ape kabo semua? how's ur day? for sure majority have their interesting story kan kan kan.mana tak nye mase ni laa nak wat reunion, jmpa kawan2 lama and bercuti bersama family. erm mine quite boring. yeah as the day turn up and down, i still be the same girl stay at home doing nothing. :D no keep in touch with member ke pape ke. so as conclusion.......................

It's good to shut up sometimes.


Wednesday, May 11, 2011

hanya Tuhan yang tahu.

salam semua. sori lame gile tak update blog ! i'm kinda busy with my final exam. so yeah now i can update my blog. oh god final paper yang membebankan. susah gila nak mati haaa. adoiiii. hopefully leh score lagi kali ni. if god willing. :) cuti tak ada pape nak dibuat. just stay at home, eat, sleep, watching television and yes ONLINE ! hehehe. but yang tak sedapnya cuti kali ni aku terkena plak food poisoning. apa aku mkn daaa. tak tahu laa. seriously sakit wooooo. tidur tak lena, mkn pun tak ada selera. trust me. sape yang pnah kena mesti taw mcm mana sakitnya.


haaa gini lah gayanya food poisoning !! hate it !


*so pesanan dari penaja : jaga pemakanan anda! see ya. counting days to leave home n continue study !! :(




Tuesday, April 19, 2011

best of luck for final !

management MGT120 ~ arghhh tension !!
mathematical statistics QMT261 ~ woot woot tak sbr! ^____^
linear algebra MAT253 ~ boleh laaaa !!
financial mathematics ASC260 ~ adoiiii. poning eden!!

gud luck to me, my besties, and everyone in final exams. 

sehingga bertemu kembali ! :)

Wednesday, March 23, 2011

dikala ini.

 salam. hollaaaaa. dikala ini pasti dan yakin 100% majoriti sudah lelapkan mata. tapi aku? haaa. masih disini menaip. kalo tak takkan laa aku post dlm mimpi kot. hahaha. gara2 tak leh tdo coz hati tak senang LA dh study tapi mcm tak paham hapak pun. haha. btw wish me luck est LA esok !!! yuhoooooo. saya memang tersangat laa rajin nak menelaah buku ni. see ya ! :D


memaksa diri untuk tido skang jugak. daaaaa

Sunday, March 13, 2011

gila.

hello dear my readers. oh my god oh my god. aku boleh jadi gila macam ni. yesterday i went to accompany tney  to do her soul therapy. hahaha. shopping daa. aku tak da laa wat therapy ni kan. tak ada duit maa. tapi kan aku dah nk naik gila skang ni asyik teringat2 je beg NOSE tu. oh my god tolong laaa cntik gila. dengan ada fur colour grey. cantik !!!!!!!!! menyesal tak beli ni. aku dah gila. GILA KAN BEG TU je... hahahaha

and current situation pun leh wat aku jadi lagi gile. mana tak nye asyik duk tergelak sorang2 dengar kawan aku ni haaa nyanyi. adoiiii. semua bantai gelak laa. lagi laaaa gila aku skang.

okeyh laaa. sebelum aku totally gila, better stop now. okeyh adios semua. see ya again and later.

Friday, March 4, 2011

dean's ceremony !

hai semua. salam. harap semua sihat hendaknya. huhu. 1st time leh online dlm bilik nih. sbb 1st time aku dpt connect ngn wifi siswi. kalo tak hapak pun tadak. kahkahkah. ohh berbalik kepada objektif utama post ni just nk cte cket pengalaman mjlis dekan at seri iskandar. oh nooo. the worst man. tak best langsung. pdhal aku bukan nya selalu dpt dekan tapi kan mjlisnya dh tahap graduate mcm kat mrsm je. ala- ala. even mjlis dekan kat s.alam lagi best kot. grand gitu!! memang lpas ni aku tak pergi laaa. hahahahaha. dah laaa malam b4 mjlis tuh blok aku duk blackout. dari kul 3 pagi smpai kteorg balik ke tapah pun still blackout. malam tuh just tdo2 ayam je. then siap2 g mjlis tu. abis event, trus grak pulang tapah. smpai tapah, tak sempat rest ada klas fm plak. mlm pun ada klas fm jgak. penat penat penat. hanya tuhan yang tahu.

here we are ~ ladies part 4 ~

actuarial science's student !! 


Sunday, February 27, 2011

weekend menjelma lagi.

salam semua. harap semua nya sihat okeyh. after a week through a tough and full test, quizzes and activities, skang aku leh duk goyang kaki jap untuk ari ni. even sekejap i feel like heavn !!! hahahaha ermmmm. smlm ada modul. pertama kali aku rase best plak ada modul. hahaha. even b4 ni ada modul 3 sem berturut2 but i still felt that yestesrday modul was the best ever !! but as usual aku ni asyik nk pengsan je.... tak leh tahan panas!! but i am not puteri lilin okeyh. cuma tak leh kena panas terlalu lame.terik sgt. kalo tak cayeeee haaa ada bukti gmbr kat bwh n hehehe.


kaizen's group member !!! modul 26 feb 2011
but i'm not there !! :'(

contribution from faezah rajimin fb. tq 

Wednesday, February 23, 2011

faharin????!!

salam semua. apa khabar ibu2 bapak2. hehe. mesti korang tertanya2 kan apakah yang dinamakan dengan FAHARIN??? apa yang dimaksudkan ngan FAHARIN?? binatang kah, tumbuhan kah? haaaa kalo nak taw tu laa nama gelaran aku yang terbaru. aku tak suka laaa nama tu. tapi lama2 sebut cam best laa plak. mcm FAHRIN pun adaaaa. heeeee.officially my nama is FARAHIN !!!! not FAHARIN !!. nama yang telah diilhamkan oleh PUAN HILWANA !! mgt's lecturer. lecturer yang paling sempoi. hahaha. i likeeeee her. and because of that i like management class eventhough banyak gila kena bace. hahaha. okeyh laaa. gtg to go. need to meet SIR ZACK plak... :D struggle for test FM !!! killer subject ! adios abestos. calobete !!! see yaaaaaa.

Friday, February 18, 2011

hectic days.

salam semua kawan2 yang cantik menarik tertarik aku laa yang da boom. hahaha. tak ada laa just kidding. okeyh sori aku tak ada masa sangat dah skang ni nk update blog all da time. penat seyh. mana dengan assignment lagi, quiz lagi, test lagi. even petang ni pun ada test gak tapi masa ni telah dicuri dengan mengonline kan diri. hahahaa.... sebab tu laa post ni di gelar hectic days. coz my days are very full with many activities. okeyh laaa see u all in thye next post. coming soooooonnnnnnnnnnnnn !!!! adios. chow cincau.

Monday, February 7, 2011

adoiiii

hye, sesudah kembali ke tapah, terasa bosan pula. dah skang ni kena tinggal sorang2 dlm bilik. mana iwe dengan meeting nya, tney ngan tak balik2 lagi nya and paling best and buat hamba tak puas ati ni qema dengan mc seminggu nya. adoiiii. geram2. nak jgak cuti seminggu weyh. doktor kasi laa saya mc jgak. saya pun demam jgak ni. TERPAKSA melarat kan diri ke kelas. alamak terlebih poyo sudaaahhhh. hahaha. mari dengar cite hamba. bukan cte ape pun. semalam punya laa penat, kebas buntut aku ni haa duk dlm bus selama 9 jam. lama kan. kalo korang pun rase lame aku ni haa yang alami keadaan tu ape lagi???? mak aiii lame tu. hampir separuh ari masa aku dibazirkan duk dlm bas je. mase tu leh dimanfaatkan ngan buat bnda lain lagi. study ke, tulis blog ke. acecececehhh !! semangat kental nk balik tapah punya pasal laa ni. kental laa sgt. tak da laa. bukan ape pun. cuma stuck dlm jam kot dari sempadan bentong hingga ke ufuk utara. kikiki. hingga ke kl daaaa. lalu ikot bentong laa. aku kan org kemaman. RnR punya laa penuh ngan orang. bukan org cina. orang melayu yang berlambak. aku pun dah musykil orang melayu sambut gong xi fa chai gak ke?? aku tengok dah mcm cuti raya puasa je haa. orang melayu pakat ramai2 balik ke kampung halaman yang tercinta nian indah. fuhhh ayat. konfem A+ kalo wat karangan ni. haha. aku ni sabo je laa duk dlm bus. nak tido pun tak leh lena. mana tak nye dpt seat blkg kot. kat tayar bus, konfem2 laa poning eden ni. nak muntah pun ado haa. sampai skang lagi eden rase haa. mkn je rase nk buang balik. adoiiii. penat2. dengan keadaan diri yang tak berapa nak stabil ni lagi. ubat jgn harap lah aku leh telan ye. bff aku tu. tak kan laa nak telan bff aku sendiri !! haha. tapi syukur alhamdulillah tak de ape2 yang terjadi. eden dh slamat smpai ni. dh g klas pun ari ni. :D okeyh laaa. tu je hamba nak kongsi. konklusinya, plan your trip !! okeyh adios abestos sekalian umat manusia sejagat di muka bumi yang terindah ini. salam gorgeous reader from the most gorgeous blogger !! calobeteh !!!

Saturday, February 5, 2011

cuti bakal berakhir.

current mood : SAYA MALAS NAK BALIK TAPAH !!
current condition : SAYA TAK SIHAT !! DEMAM laa plak.

haa. alasan yang pling kukuh tak nak balik tapah lagi adlh kerana saya demam. hehe. tapi kan tak boleh tak boleh. kelas ada daaa. kalo skip 1 klas mati laa tak phm bnda yang blja lpas2 tuh. ape laa cuti ni cepat sgt berlalu. cuba duk diam2 tak yah berakhir. kan senang. semua orang suke. hehe. cuti yang ada dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dengan lepak lepak lepak je kat umah. memang home sweet home laa kan. haha. okeyh laa semua. selamat sambung belaja, sambung kerja, and sambung semuanya lah. ohh one more thing, bersama2 laa kite doakan kesejahteraan dan keselamatan kwn2 kite yang berada kat mesir ya. moga selamat pulang semua nya. :D chow cincau.

Thursday, February 3, 2011

alkisah dulu kala

hye. baru je dpt cuti slpas sbulan stay kat tapah. as i said kat tapah coverage tak elok nk update2 blog pun sush. cte sebulan yang lepas ape je yang best ek? firstly hostel nya boleh laa tahan. tak laa best sgt cm alamanda. 1 bilik 4 empat org. nasib baik still same ag bilik ngn tney and iwe. and qema jgak. actually dpt bilik lain but since semua org tukar partner bilik so saye jgak tak ketinggalan tukar . hahaha. rules kat tapah memg ketat gle. tension sigh. g klas ari2 kne pkai bju kurung or jubah. for girls. laki tak tahu laa ape yang tak leh. kalo tak kne byr kompaun about RM500. pndai2 je wat kompaun smpai 500. even VC pun terkejut kne byr byk tu. ape daa. sape punya idea pun tak tahu laa. blja kat cni okeyh je. same je blja kat mane2 pun. tuntut ilmu kne laa bersabar. 2nd week bru start blja. tapi yang best cket duk kat tapah ni bleh riadah. haha. bukn main ape pun. just main badminton. tapi cuaca skang tak menentu. jap ujan jap panas. secara overall boleh lagi laa menerima keadaan di tapah ini. cuma tak da tempat nk shopping. huaaaaa :'( jimat duit cket laaa kot.

actuary to tapah !! cdih jgak tak dpt jpe zaid. sori zaid coz tbe2 ada hal plak mase tu. seriously aku dh siap2 nk jpe ko. tak cye tye farisha. hehe. farisha pun aku dpt jpe jap je. lain kali laa kalo ada rezki bertemu kmbali. tak dpt join korg g lata kijang, lepak sama2.

okeyh see ya !!

bertemu kembali.

hye. lame tak update blog. bz + xda coverage laa nk update blog kat tapah nun jauh disana. baru siap touch up blog ni kasi meriah cket. *meriah ke mak minah oiiii? hahaha. okeyh laa see ya tomorrow maybe. byk nk coretkan tapi dh penat sgt skang ni. cuti2 pun aku penat gak. bukan wat pape pun pdhal. out !!!! have a bless day.

Saturday, January 1, 2011

2011 !

salam semua. happy new year. have a bless year to all ! as the new year start means i have new chapter in my life. hopefully it will be a great year to me and you all !

*okeyh see ya ! gtg to TAPAH !!!!!! welcome to my life...................TAPAH ! :)