Blogger Templates

Pages

Followers

Saturday, May 28, 2011

last post in MAY

assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. ^^

baru habis packing barang kerana saya perlu pulang ke kolej. adoiii mula-mula aku rasa bulan 5 ni macam lambat je berlalu. aishh alih-alih dah akhir bulan. tup-tup aku dah kena balik kolej. cuti yang tak sampai sebulan ni cepat sungguh berlalu. tak boleh cuti lama lagi ke? hehe. padahal cuti sekolah baru je start. adik aku baru je balik umah. aku pulak yang kena pergi. nak gosip-gosip lama sikit tak boleh. haha. maybe this is lasy entry from me. tak taw bila pulak aku boleh update belog ini lagi. okeyh la. bagi semua yang senasib dengan aku ini selamat sambung belajar and hepi new semester! :)

got to go. bye bye. jumpa lagi. have a nice day to you. =)

Friday, May 27, 2011

kuasa Tuhan siapa yang tahu

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. ^^


korang nampak tak gambar apa kat atas ni? kalau tak nampak pendek umur bak kate nujum pak belalang. hahaha. siapa sangka kan disebalik pemandangan yang indah ini(hiraukan couple tuh!) tersirat satu bentuk yang amat bermakna. betapa besarnya kuasa Tuhan. tiada siapa yang dapat menduga. bagi aku, gambar ni sangat cantik dan aku suka sangat tengok. tahniah lah pada siapa-siapa yang edit gambar ini. aku jumpa gambar ni kat facebook. haha. bukan saya yang edit! apa pendapat korang dengan gambar ini? =)

okeyh laaa. short and fast entry from me. see you later. have a nice day. :D

Thursday, May 26, 2011

saya berwajah baru

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

saya berwajah baru. eh bukan diri saya. jangan salah paham pulak. saya nak berwajah baru macam mana? tak kan nak wat plastic surgery kot macam michael jackson tuh. tak boleh. haram. Tuhan marah. tak mau tak mau. tapi belog comel busuk saya ini yang berwajah baru.

cantik tak? cantik kan kan kan. penat taw nak tukar-tukar template baru ini. mana kena edit coding baru template lagi. kena setting nuffnang lagi. tapi demi mencantikkan belog yang korang yang tengah singgah ni, saya sanggup menghabiskan masa saya selama dah berapa jam pun saya tak tak tahu lah.

korang pun boleh jugak buat macam ni. just click HERE . all the best to you. =)

okeyh. jumpa lagi lain masa. salam semua. have a nice day :)

Wednesday, May 25, 2011

ketakutan hari semalam

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

ingatkan nak update belog busuk ni semalam. tapi penat sangat sampai tak larat nak menaip. haha. pagi2 buta aku dah kena jumpa doktor gigi. hajat di hati nak tampalkan gigi ni walaupun takot. punya lah tunggu giliran aku masuk jumpa doktor aku rase muka aku ni dah mcam tak ada darah. punya lah sampai sebulan aku kumpul kekuatan nak jumpa doktor. doktor gigi je kot. haha. sampai turn aku, nak wat macam mana lagi. masuk je lah jumpa doktor.

doktor yang cantik(dyc) : saya cek gigi awak dulu lah. *lpas beberapa saat
lubang gigi awak ni dalam sangat. kalau awak nak saya tampal boleh je. tapi saya boleh tampal atas je lah.


aku : aduh doktor. abis tuh saya kena wat ape? cabut jelah. boleh kan?


dyc : boleh tapi saya tak syorkan awak cabut. sebab gigi awak semua okeyh. cuma yang 1 tu je. *kembang hidung aku ! hahaha kalau awak cabut gigi awak, nanti gigi awak jadi jarang2. awak tu muda lagi. lebih baik awak buat rawatan saraf gigi. tapi kena ada komitmen masa. awak pikir2 dulu lah erk yang terbaik.

gembira dan sedih. gembira sebab tak perlu cabut lagi. sedih jugak sebab lepas ini mesti ada masalah lagi yang akan mendatang.

lain pulak cte malam nya. ketakutan yang kedua. result aku da. punya lah terketar-ketar tangan ni nak cek result. bukan apa. takot ngan FM je. tak nak repeat. tapi syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar. terima kasih Tuhan diatas rezeki ini. :)

huahuahua. tak ada kena mengena pun. bosan punya pasal basikal adik aku pun boleh laa naik. :)

okeyh laa 
see ya.
have a nice day to all. 
=)

Monday, May 23, 2011

bila si budak kecil ini membesar

assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.


apa nak cite arini? erm nothing much tapi ada satu benda yang hari-hari menceriakan cuti aku ini. duduk dekat umah memang membosankan tapi bagi aku ini je lah waktu yang aku ada untuk spend masa sama-sama dengan family aku yang tercinta. cewah ayat abis skema aku ni. umah aku ni dah lama tak ada baby. even tak ada baby aku still ada anak saudara yang selalu buat orang ketawa. makin besar makin suka nyanyi. umur belum sampai lagi 3 tahun tapi cakapnya mengalahkan budak umur 7 tahun. lagu-lagu tip top sekarang ini semuanya dia hafal. kadang-kadang lagu yang aku tak tahu pun dia tahu. hahaha. budak-budak sekarang makin pandai kalau nak di bandingkan dengan kanak-kanak dulu. =)


lucunya tentang budak comot ini :

1- suka dipanggil muizzuddin bukannya adryan!
2- suka membebel mengalahkan nenek tua!
3- suka nyanyi lagu happy beday to me !!

tapi semalam dia nyanyi 

hepi bday to u,
makan ubi kayu,
minum susu lembu,
lembu buat tak tahu.

bantai gelak lah aku dengar dia nyanyi. ayahnya ajar dia cakap.

okeyh lah semua.
sampai di sini saja entry kali ini.
jumpa lagi.
:)

Sunday, May 22, 2011

i try to be....

assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya.


banyak ni angan-angan seorang insan yang bernama farahin asyikin nak jadi pada masa akan datang. hahaha. bukan angan-angan mat jenin okeyh. angan-angan ku ingin menjadi :-

seorang manusia yang berjaya.

haha. sapa yang tak nak berjaya kan dalam hidup ini. so same goes to me. aku ingin berjaya dalam hidup aku. jadi sebab itu aku kena belajar rajin-rajin kan kan kan. :) *membakar semangat untuk diri sendiri bersusah-susah dahulu besenang-senang kemudian. 

seorang yang berkerjaya.

aigooo. boleh ke aku ni jadi actuary? memang kerjaya ini bagus tapi mak aii betapa susahnya nak jadi the true actuary ekau taw. kena amik profesional paper nya lagi. tapi plan aku la kan aku nak sambung degree in actuary then buat master in satatistics. kerana i love statistics !! doakan saya !

seorang anak yang senantiasa membahagiakan ibubapa ku.

so far aku tak ada lagi lah tak pernah membahagiakan parents aku. *perasan pulak tapi hasrat di hati ini selalu ingin melihat ibubapaku gembira. yelah kalau nak buat pape the first person that i should consider is my parents. so if God willing, aku ingin melihat mereka tersenyum selalu.

seorang kakak yang baik dan berguna.

omo. susah weyh nak jadi kakak yang baik. korang kena tunjuk tauladan yang baik kerana semua itu akan jadi ikutan adik korang. macam aku sekarang ini sentiasa berusaha menasihatkan adik-adik aku jangan sesekali ponteng sekolah. susah kot. sebab semua tuh dulu aku selalu buat. kalau masa form 4 kat mrsm dulu dalam seminggu ada lah dalam 2 hari je aku pergi kelas. hari lain tak pergi pun. tiap-tiap minggu asyik muka aku je yang pergi klinik. hahaha. tup-tup kena nasihat adik pulak. memang naya la aku.!

and the most important is

seorang hamba yang sentiasa patuh pada NYA.

seriously aku bukan orang yang alim dan sentiasa berbuat kebaikan. aku sedar semua tuh dan aku try jugak untuk perbaiki diri aku ini. sama-sama kita usaha kan. :D


p/s : sama-sama sedekah kan al-fatihah buat anak-anak yatim di hulu selangor yang ditimpa musibah. dan jangan lupa bersyukur dengan segala kenikmatan yang Tuhan berikan kepada kita. 

moga bertemu kembali.
:)

saya sangat teruja

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

saya sangat penat. but then still nak update jugak belog yang hapak pun tarak ! :) saya kan kan baru jugak lah balik dari majlis akad nikah abang. *tiba-tiba saya bagai ni pahal la tak kena dengan aku ni? okeyh back to normal ! ehem ehem nak cite sikit pengalaman kali pertama menyaksikan orang nak akad nikah.

1) aku memang teruja gila tahap gabang kerana aku tak pernah pergi dekat majlis akad nikah walaupun dah 2 orang kakak dan sorang abang aku dah kahwin.


2) aku yang nervous even bukan aku yang kahwin. ye lah mana lah taw kan kot2 tiba-tiba ada aral yang melintang pulak. dan mana lah taw kot2 abang aku kena lafaz akad banyak kali. nervous la katakan. hahaha. tapi syukur dengan sekali akad sahaja. woot woot sah jadi suami orang.


3) dan yang pasti korang semua kena ingat jodoh pertemuan itu semua nya kerja Tuhan. kita serah kan pada YANG MAHA KUASA untuk menentukan segalanya.

pengantin baru ! :)
sanding 28 may. datang la beramai-ramai. ;)

okeyh lah. 
see you again 
:D

Saturday, May 21, 2011

hadiah buat kamu !

assalamualaikum, selamat malam dan salam sejahtera semua.

waaaa. dah empat hari aku tak update belog aku ni. tak ada masa lah. *wah mengalahkan orang yang dah keje je aku ni hehehe. sebenarnya entry kali ini nak khas dibuat untuk budak busuk ni.

farah diana yusof a.k.a kak tggi !

budak busuk ni kawan baik aku kat mrsm dlu. hahaha. huwaaaa. pasai apa entry ni pasal dia? kerna aku jeles gila sebab dia dah grad. kitaorang sebaya je tapi kan budak busuk ni dah ada diploma kot. unfair gila. ruginya lah tak amik fast track account dlu. *aku baru nak menyesal wat ape? adoiii. pape pun tahniah ye kak tggi. cuti ni boleh laa keje dengan berbekalkan diploma tuh. then dah dapat gaji nanti boleh la belanja orang yang still tak ada diploma ni. =)

cantik ! mak awak pun cantik jgak! :)

p/s buat kak tinggi : 
1 ) jangan lupa belanja nanti. Xoxo
2) tahniah sekali lagi. :D
3) awak sangat cantik !!! :)
4) terima lah hadiah yang tak seberapa. ;) 
5) kita kan tak ada gmbr awak lah. so amik dari facebook pun jadi lah kan. sori. =)


Monday, May 16, 2011

hari jadi guru. :)

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 16 May is a special day for teacher ! selamat hari guru buat semua guru di seluruh malaysia terutama sekali cikgu di SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL & MRSM KUANTAN ... semoga Tuhan merahmati semua cikgu-cikgu. tanpamu cikgu siapalah aku.

haishh sejak 3 tahun dah tinggal kan sekolah ni terasa rindu pulak nak sambut hari guru. teringat dulu-dulu. setiap tahun mesti minta duit ngan mak ayah sebab nak belikan hadiah buat cikgu even sekuntum bunga ros. mula-mula mak ayah aku kasi lah sebab ingat kan nak bagi dekat sorang cikgu tapi lama-lama mau nya tak membebel sebab aku kalau boleh nak bagi hadiah dekat semua cikgu. hahaha. mana tak pokai parents aku. hahaa. sori mak abah !!

actually masa hari guru ni pun bukan nya aku selalu datang sekolah. masa sekolah rendah memang lah datang sebab waktu tuh tak kenal lagi erti ponteng. haha. masuk sekolah menengah memang haram lah nak pergi sekolah on 16 May. better stay at home. tak kan nak lepas kan peluang dapat cuti. hehehe. tapi tuh semua dulu sekarang tidak lagi. yelah kat universiti mana ada sambut hari guru sebab selalu nya cuti semester macam sekarang ni haa. pape pun back to my point :

" HaPpY tEaChEr'S dAy !!! "

Sunday, May 15, 2011

cerita hari ini.

assalamualaikum semua dan salam sejahtera. kerana kebosanan yang teramat lah sangat dalam kehidupan seharian aku ni, ari ni aku pun merajin kan lah diri menjalani sesi blogwalking. hahaha. tak ada lah blogwalking sangat pun. just singgah kat belog kawan-kawan dan follow-follow gitu aje. errm cuti lama-lama ni membosankan jugak kan. kalau lah aku dapat amik lesen kan bagus. tapi nasib pulak tak menyebelahi aku ni. fullu booked pulak masa aku ngah sedap-sedap cuti. tak apa lah cuba lagi lain kali lah nampaknya kawan-kawan. so cita-cita tahun ni nak pergi beraya umah kawan bawak kereta sendiri hanya tinggal cita-cita semata-mata lah nampak gayanya. never mind... there is always next time for you farah!

huuuuuuuu. tinggal lagi 10 hari before result keluar. macam mana lah nasib aku pulak kali ni yek? bertuah lagi ke tak? paling aku takut sekarang ni FM. jangan lah ada yang fail. tak larat eden nak belaja lagi sekali. Ya Allah ya tuhan ku, Kau berikan lah kejayan kepada ku dan kawan-kawan ku setelah kami berusaha. amin. :) kalau result dah nak keluar maknanya tak lama lagi aku kena balik kolej lah kan. adoiii. ni yang malas ni nak sambung belaja lagi. another two semester before i got diploma. oh yeah tak sabar rasenya nak bergelar graduan. hahaha. angan-angan tinggi nak capai anugerah naib canselor. fuhhhh. tinggi tuh. doakan aku ya kawan-kawan semua.

okeyh lah got to go. entry panjang-panjang nanti korang jemu pulak nak membaca nya. *ada ke yang baca kat belog aku ni? so.... see ya. have a good day semua. :D

Thursday, May 12, 2011

salam semua. ape kabo semua? how's ur day? for sure majority have their interesting story kan kan kan.mana tak nye mase ni laa nak wat reunion, jmpa kawan2 lama and bercuti bersama family. erm mine quite boring. yeah as the day turn up and down, i still be the same girl stay at home doing nothing. :D no keep in touch with member ke pape ke. so as conclusion.......................

It's good to shut up sometimes.


Wednesday, May 11, 2011

hanya Tuhan yang tahu.

salam semua. sori lame gile tak update blog ! i'm kinda busy with my final exam. so yeah now i can update my blog. oh god final paper yang membebankan. susah gila nak mati haaa. adoiiii. hopefully leh score lagi kali ni. if god willing. :) cuti tak ada pape nak dibuat. just stay at home, eat, sleep, watching television and yes ONLINE ! hehehe. but yang tak sedapnya cuti kali ni aku terkena plak food poisoning. apa aku mkn daaa. tak tahu laa. seriously sakit wooooo. tidur tak lena, mkn pun tak ada selera. trust me. sape yang pnah kena mesti taw mcm mana sakitnya.


haaa gini lah gayanya food poisoning !! hate it !


*so pesanan dari penaja : jaga pemakanan anda! see ya. counting days to leave home n continue study !! :(